Bantuan lain

  • Saya mempunyai maklum balas tentang laman web & penapis carian trivago
    Berkongsi maklum balas mengambil sedikit masa tetapi amat bermakna bagi kami!
     
    Maklum balas anda merupakan salah satu kaedah yang kami gunakan untuk memperbaiki produk kami dan menghasilkan pengalaman yang terbaik untuk pengguna kami.
    Sila hubungi kami untuk menyerahkan maklum balas anda. Kami menantikanmaklum balas anda!
     
    Jika anda memerlukan bantuan menggunakan ciri kami yang banyak, lihat artikel kami tentang Bagaimana untuk menggunakan trivago.

     

    💡 Untuk berkongsi maklum balas tentang penginapan anda, semak artikel ini: Bagaimanakah boleh saya menyerahkan ulasan atau maklum balas tentang penginapan saya?
  • Nasihat Mencegah Penipuan

    Malang sekali, kejadian penyalahgunaan jenama, logo dan/atau domain trivago oleh penipu yang menyamar sebagai pekerja, anggota gabungan, ejen atau wakil trivago boleh berlaku. Di bawah penyamaran ini, mereka mungkin cuba mendapatkan wang daripada anda.

    Kami ingin mengingatkan pengembara tentang cara mengenal pasti dan melindungi diri mereka daripada penipuan dalam talian.

    trivago ialah platform carian penginapan dalam talian. Tanpa mengira situasi atau keadaan, kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran dan tidak akan sekali-kali meminta wang, bayaran pendahuluan sama ada dalam bentuk “bayaran tradisional” mahupun dalam mata wang kripto daripada anda.

    Lihat di bawah untuk mengenali tuntutan yang mungkin dibuat oleh penipu. Sila ambil perhatian, ini bukan senarai yang lengkap:

    • Anda mungkin diminta untuk menerima kunci pangsapuri dan/atau kontrak sewa pangsapuri daripada trivago sebagai pertukaran untuk bayaran pendahuluan, atau deposit
    • Anda mungkin diberikan tawaran kerja, atau tugas untuk diusahakan bagi memperoleh komisen/bonus sebagai pertukaran untuk bayaran pendahuluan atau pelaburan

    Lazimnya, tawaran dan tuntutan penipuan seperti itu akan diterima melalui perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) seperti WhatsApp dan Telegram, pemesejan teks, e-mel, internet, telefon, dll. Dalam apa-apa jua keadaan, abaikan semua permintaan bertulis atau secara lisan yang anda percaya merupakan penipuan, atau mencurigakan.

    Lihat di bawah untuk membaca nasihat yang boleh kami berikan:

    • Sentiasa berwaspada. Jangan terpedaya dengan logo, domain, alamat e-mel, imejan atau teks yang mirip dengan trivago
    • Jangan buat bayaran kepada sesiapa yang mendakwa dirinya mewakili trivago sama ada dalam bentuk bayaran tradisional (pindahan wang melalui bank) mahupun mata wang kripto
    • Jangan hubungi nombor telefon yang tidak diminta: trivago ialah enjin carian meta penginapan dalam talian, jadi kami tidak menerima tempahan melalui telefon atau meminta bayaran daripada anda secara langsung
    • Hubungi bank/penyedia pembayaran anda untuk mengetahui sama ada mereka boleh membantu dalam hal berkenaan dengan caj balik atau membatalkan pindahan wang dengan secepat mungkin. Maklumkan kepada mereka bahawa penipuan telah berlaku dan butiran akaun yang telah menerima pindahan wang itu
    • Hubungi polis/pihak berkuasa tempatan anda, maklumkan kepada mereka bahawa anda merupakan mangsa penipuan dan berikan semua dokumen yang berkaitan dengan penipuan (seperti mesej, tangkapan skrin) kepada mereka
    • Hubungi bank yang menerima wang yang telah dipindahkan. Hal ini boleh ditentukan melalui butiran akaun bank yang disediakan oleh penipu
    • Jangan sekali-kali mendedahkan kata laluan, maklumat peribadi atau butiran bank melalui e-mel, telefon, platform pemesejan pada telefon anda seperti Whatsapp, Telegram atau mesej segera. Pada masa yang sama, berwaspada ketika mengklik pautan dan jika anda mengesyaki sesuatu sebagai e-mel penipuan, jangan buka apa-apa lampiran
    • Secara umumnya, ketika membuat pembayaran dalam talian, di banyak negara, menggunakan kad kredit biasanya akan memberikan perlindungan yang lebih besar kepada pengguna sekiranya masalah berlaku

    Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara trivago berfungsi, semak cara trivago berfungsi.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jawatan kosong kami, sila layari Halaman Kerjaya kami.

    Kami telah mengambil banyak tindakan untuk menghentikan penipu, seperti langkah berasaskan hak IP kami serta menghubungi pihak polis dengan sebaik mungkin.

    Hubungi pasukan Sokongan Pengguna kami jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan lanjut.

  • Bagaimanakah cara untuk saya mengubah kata laluan atau memadamkan akaun trivago saya?
    Artikel ini bertujuan untuk akaun pengguna sahaja. Jika anda ialah pemilik hartanah/ hotel, anda boleh mengurus akaun anda di sini.

    Menetapkan semula kata laluan anda;

    Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda dengan mudah dan selamat dengan beberapa langkah:
    1. Ikut pautan ini dan serahkan alamat e-mel anda.
    2. Selepas anda menghantar permintaan anda, semak peti masuk anda (dan folder spam) untuk melihat e-mel kami dengan pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

    Menukar e-mel yang dipautkan pada akaun trivago anda

    Alamat e-mel yang dipautkan pada akaun trivago anda tidak boleh ditukar. Sebaliknya, anda boleh memadamkan akaun semasa anda dan mencipta akaun baharu dengan alamat e-mel yang anda ingin gunakan.

    Padam akaun anda

    Untuk memadamkan akaun anda, anda boleh hantar mesej kepada kami atau log masuk ke dalam akaun anda dan ikuti pautan ini. Dalam mesej anda, sila sertakan nama penuh dan alamat e-mel anda yang dipautkan pada akaun trivago anda.
    Perlu diingatkan bahawa sebaik sahaja dipadam, trivago tidak lagi mempunyai akses kepada apa-apa data akaun peribadi anda. Untuk membaca lebih lanjut tentang dasar privasi kami, anda boleh mengikut pautan ini.
    Jika anda berubah fikiran, anda sentiasa dialu-alukan untuk kembali dan mendaftar semula!
  • Bagaimana cara untuk saya berhenti melanggan surat berita?

     Anda boleh hentikan langganan surat berita kami pada bila-bila masa dengan menekan butang “henti langganan” di bahagian bawah e-mel.

     

    Jika anda berdepan sebarang kesukaran untuk hentikan langganan, hubungi kami dan pasukan Sokongan Pengguna kami akan membantu.

  • Di mana saya boleh tinggalkan maklum balas tentang kempen pengiklanan trivago?

    Jika anda mempunyai sebarang soalan atau ingin berkongsi maklum balas tentang mana-mana kempen pengiklanan kami, sila hubungi kami di sini.   

     

    Pendapat dan cadangan anda membantu kami menambah baik perkhidmatan kami dan menyesuaikan kempen kami kepada penerima dengan lebih baik. 

  • Bagaimanakah cara untuk saya menebus baucar pulangan tunai trivago saya?

    Untuk menebus baucar pulangan tunai trivago anda, sila lampirkan salinan pengesahan tempahan anda dan masukkan maklumat anda dalam borang ini.