Jangan bimbang! Sebelum memaparkan kadar daripada laman web tempahan di trivago, semakan latar belakang syarikat sentiasa dijalankan bagi memastikan kesahihan mereka. Selain daripada itu, kami tidak memaparkan tawaran daripada sebarang laman web yang tidak lulus semakan integrasi awal kami.
Sekiranya anda ingin menghubungi laman web tempahan tersebut, kebanyakan maklumat hubungan boleh ditemui pada bahagian bawah pengesahan tempahan anda. Sebagai alternatif, laman web tempahan biasanya mempunyai halaman hubungan, di mana anda akan menemui butiran hubungan termasuk nombor telefon terus kepada pusat perkhidmatan pelanggan laman web tempahan.
trivago menghargai segala maklum balas yang diterima berhubung dengan prestasi syarikat yang berurus niaga dengan kami. Kami menyimpan pangkalan data bagi semua aduan, penilaian dan keadaan luar biasa yang berkaitan dengan setiap laman web tempahan individu yang kami paparkan, sambil memantau prestasi mereka secara berterusan. Jika anda mengalami kesulitan dengan laman web tempahan anda, sila hubungi kami.