Hotel tidak menerima pernah menerima tempahan anda? Alamak!
Sebelum tiba di hotel
Anda sudah bersedia untuk perjalanan anda dan ingin menyemak semula tempahan anda. Anda hubungi hotel dan tanpa anda sangka, mereka tidak menerima tempahan anda!
Jangan panik! Kadang-kala ia memerlukan masa untuk laman web tempahan memaklumkan butiran tempahan anda kepada hotel. Jika anda masih ingin membuat kepastian, laman web tempahan boleh membantu anda.
Sekiranya anda perlu berhubung dengan laman web tempahan yang anda telah gunakan, kebanyakan maklumat hubungan boleh ditemui pada bahagian bawah pengesahan tempahan anda. Anda juga boleh melayari halaman ini untuk mendapatkan lebih banyak tip.
Ketika tiba di hotel
Anda sudah tiba di hotel dan mereka tidak mempunyai tempahan anda?
Jangan bimbang. Terdapat pelbagai sebab mengapa hotel mungkin belum menerima tempahan anda. Dalam kes sebegini, anda disarankan untuk hubungi nombor laman web tempahan yang anda gunakan. Memandangkan mereka bertanggungjawab di atas proses tempahan dan pembayaran anda, mereka boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan segera!
Perlukan bantuan untuk menghubungi laman web tempahan? Semak halaman ini bagi mendapatkan tip.
Jika anda mengalami sebarang kesulitan menghubungi laman web tempahan anda, sila maklumkan kepada kami dan kami akan mencuba yang terbaik untuk menyambungkan anda.