Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa sehingga 72 jam untuk laman web tempahan menghantar pengesahan tempahan. Adakah tempoh ini lebih lama sejak anda membuat tempahan? Adakah perjalanan anda akan tiba tidak lama lagi? Kami menyarankan anda untuk berhubung terus dengan laman web tempahan. Untuk mendapatkan nasihat tentang cara berhubung dengan mereka, click klik di sini.
Anda lupa dengan siapa anda membuat tempahan? Jangan bimbang! Semak tip kami yang berikut.
Kami ingin memberikan kepada anda maklumat tersebut, namun memandangkan tempahan tidak dilakukan terus dengan trivago, kami tidak mempunyai akses kepada maklumat tempahan anda..
Cari dalam e-mel anda menggunakan kata kunci berkaitan dengan perjalanan yang dirancang, pengesahan tempahan mungkin telah masuk ke dalam folder spam anda.
Tiada apa-apa di sini? Mari cuba langkah 2.
Jika laman web tempahan telah mengambil bayaran, nama mereka mungkin muncul bersebelahan bayaran keluar pada Penyata Bank, Kad kredit, atau PayPal.
Masih tidak temui apa-apa? Jangan risau, masih ada harapan!
Cuba semak sejarah pelayar Internet anda untuk hari yang anda membuat tempahan: nama laman web tempahan sepatutnya muncul selepas "trivago" dalam sejarah pelayar anda.
Perlukan bantuan untuk menyemak sejarah pelayar anda? Klik di sini!
Tidak? Satu langkah lagi!
Cuba hasilkan semula carian asal anda di trivago
untuk memadankan tempahan yang anda lakukan (cth. Destinasi yang sama, tarikh yang sama, hotel yang sama) dan klik pada apa yang kelihatan seperti dikenali.
Masih tidak temui pengesahan tempahan anda? Oh, tidak! :( Kami bersimpati mendengarnya.