Sebagai carian hotel, trivago membandingkan jutaan hotel bagi membantu anda mencari tempat penginapan yang ideal. Mengimbas ratusan laman web tempahan, trivago membandingkan harga hotel bagi memudahkan pencarian anda. Dari Paris ke New York, pilihannya tiada batasan!
Selepas memasukkan tarikh daftar masuk dan daftar keluar anda, guna menu penapis kami untuk mengkhususkan carian anda. Ini akan membantu anda mencari sesuatu yang sesuai untuk anda.
Apa saya dapat lakukan dengan penapis ini?
Penapis membantu anda memilih penilaian bintang pilihan, harga maksimum untuk satu malam, anggaran jarak lokasi terdekat dan banyak lagi. Sama ada anda inginkan suasana romantik bersama kekasih hati atau percutian hujung minggu bersama seluruh keluarga, penapis trivago membolehkan anda mendapatkan tempat penginapan terbaik.
Bagaimana dengan Wi-fi?
Ingin terus mendapatkan rangkaian yang stabil di sepanjang penginapan? Pilih penapis ‘Wi-Fi’ di bawah ‘Lebih penapis’ di sebelah kanan dan terokai pilihan hotel yang tiada batasnya.
Kadangkala Wi-Fi boleh membawa maksud akses berbayar kepada komputer di lobi hotel, jadi kami mengesyorkan anda semak semula dengan hotel tentang jenis rangkaian Internet. Anda tidak sepatutnya ketinggalan sesi ‘Netflix and Chill’ di bilik anda.
Bagaimana dengan haiwan kesayangan saya?
Anda ingin membawa haiwan kesayangan anda bersama? Pastikan anda menggunakan penapis ‘mesra haiwan kesayangan’.
Dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu menghubungi laman web tempahan yang menawarkan tawaran tersebut atau berhubung terus dengan hotel untuk mengesahkan sama ada mereka membenarkan jenis haiwan kesayangan anda. Terus-terang sahaja, bukan semua tempat menerima kunjungan bersama ular sawa!
Adakah anda dapat melakukan carian ini untuk saya?
Cuba Facebook chatbot kami untuk membantu mempercepatkan proses!
Beritahu bot kami ke mana dan berapa ramai yang akan sertai percutian anda. Anda akan mendapat pautan pantas kepada hotel yang berpadanan.
Sebaik sahaja anda temui hotel ideal anda, klik pada tawaran tersebut dan anda akan dihalakan ke laman web tempahan bagi membuat tempahan. Nampaknya masa untuk mengemas beg!
Bagi mengelakkan kekecewaan, kami mengesyorkan anda mengesahkan permintaan anda terus dengan hotel. Kami tidak mahu anda dapat tahu sebaik sahaja tiba bahawa tiada spa istimewa seperti yang anda harapkan. Tidak tahu cara menghubungi hotel? Semak halaman ini.