Anda boleh menggunakan penapis susunan alternatif bagi membantu anda menerokai tawaran penginapan yang berbeza di laman web kami. Anda boleh menyusun hasil carian anda menggunakan menu tarik turun pada bahagian atas sebelah kanan halaman hasil carian kami, di samping susunan ‘pengesyoran kami’, yang membolehkan anda menyusun mengikut faktor tambahan dan berbeza, mengikut: ‘penilaian & disyorkan’, ‘harga & disyorkan’ dan ‘jarak & disyorkan’. Pilihan ini menggabungkan susunan ‘pengesyoran kami’ (seperti yang diterangkan di atas) dengan fokus sama ada kepada penilaian, harga atau lokasi; terserah kepada anda!
Jika anda mempunyai keutamaan untuk penginapan dengan penilaian positif yang kukuh (berbanding lokasi atau harga) susunan ‘penilaian & disyorkan’ akan meningkatkan kepentingan penilaian dalam hasil carian anda. Jika anda mementingkan lokasi, anda boleh meningkatkan faktor lokasi dalam algoritma dengan menggunakan pilihan ‘jarak & disyorkan’. Perlu diingatkan bahawa tetapan lalai kepada penapis jarak adalah dari pusat bandar raya. Jika anda ingin mengubah ini kepada tempat menarik berbeza, seperti tarikan popular, anda boleh menggunakan pilihan penapis tambahan di bawah “Lokasi” di laman kami bagi memilih keutamaan anda. Ada sesiapa sebut Menara Eiffel?
Sebagai alternatif, anda boleh menyusun tawaran penginapan mengikut penilaian, harga atau lokasi sahaja. Ini mengeluarkan algoritma susunan ‘pengesyoran kami’ daripada proses penyusunan, kecuali untuk tawaran yang sama berdasar tetapan yang dipilih, sebagai contoh, yang mempunyai penilaian, harga atau lokasi yang sama. Dalam kes sebegini, kami menggunakan susunan ‘pengesyoran kami’ bagi menentukan susunan penginapan ini.
Anda juga boleh menggunakan pilihan penapis lain kepada carian anda, seperti ‘Wi-Fi’, ‘spa’ atau ‘mesra haiwan kesayangan’ jika anda ingin membawa haiwan ketika percutian anda. Pilihan ini ditemui di bawah tab “Lebih penapis”.