Pandemik Coronavirus (COVID-19) memberi kesan kepada perjalanan di seluruh dunia. Sekatan telah dikenakan kepada perjalanan ke lokasi tertentu dan mungkin terdapat ketersediaan yang terhad untuk penginapan. Sekatan ini mungkin membataskan atau melarang sepenuhnya kemampuan anda untuk melakukan perjalanan dan/atau menginap di hotel atau bentuk penginapan yang lain. Kami menyarankan anda untuk menyemak jika perjalanan dan penginapan di lokasi pilihan anda dapat dilakukan dan untuk menempah tiket dan penginapan yang boleh dibayar balik sepenuhnya, jika boleh.
Kami ingin menyediakan kepada anda maklumat yang anda perlukan, supaya sama ada anda memilih untuk kekal di rumah atau memilih untuk mendaftar masuk, anda boleh merasa selamat dengan keputusan perjalanan anda.
Di bawah ini ialah Soalan Lazim yang paling penting daripada pengguna kami.
Memandangkan situasi berubah dengan pantas, kami amat menyarankan kepada anda untuk menyemak sumber kerajaan yang rasmi dan kekal mendapat maklumat terkini.
Daripada kami semua di trivago: kekal selamat dan kekal sihat.
Saya telah menempah tempat penginapan tetapi mahu menukar tempahan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Cara terpantas dan terbaik adalah untuk mengetahui sama ada rancangan perjalanan anda boleh ditukar tanpa dikenakan penalti adalah untuk menyemak laman tempahan itu secara langsung. Sebarang kredit, pembayaran balik atau perubahan akan mengikut budi bicara laman tempahan itu. Jika anda tidak pasti laman yang anda tempah, anda boleh mendapatkan nama penyedia perjalanan dan maklumat hubungan pada e-mel pengesahan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk menghubungi laman tempahan anda, baca Soalan Lazim lengkap kami di sini.
Laman web saya membuat tempahan tidak memberi respons kepada permintaan saya untuk membuat pertukaran atau pembatalan.
Ramai pengembara cuba untuk mengubah atau membatalkan tempahan mereka pada masa ini dan rakan kongsi laman tempahan kami sedang menerima bilangan permintaan pelanggan yang tinggi. Untuk membantu mengurangkan keadaan tegang, kebanyakannya mengutamakan pengembara yang lebih memerlukan bantu pada masa ini. Kami telah menyusun khidmat bantuan bagi beberapa laman tempahan utama kami di bawah ini.
|
Apakah pilihan saya sekiranya saya ingin menempah hotel sekarang?
Kami menyarankan anda untuk menyemak jika perjalanan dan penginapan di lokasi pilihan anda dapat dilakukan dan untuk menempah tiket dan penginapan yang boleh dibayar balik sepenuhnya, jika boleh.
Di trivago, anda boleh terus menyemak tawaran dan membandingkan harga daripada laman tempahan utama. Kami mengakui bahawa fleksibiliti adalah penting dalam keadaan sekarang, oleh itu tawaran pembatalan percuma tersedia di hujung jari anda. Cuma pastikan untuk menyemak terma pembatalan sebenar di laman tempahan yang anda pilih. Kami inginkan anda untuk membuat keputusan untuk kekal di tempat anda atau membuat perjalanan pada masa yang sesuai untuk anda.