Nasihat Mencegah Penipuan

Malang sekali, kejadian penyalahgunaan jenama, logo dan/atau domain trivago oleh penipu yang menyamar sebagai pekerja, anggota gabungan, ejen atau wakil trivago boleh berlaku. Di bawah penyamaran ini, mereka mungkin cuba mendapatkan wang daripada anda.

Kami ingin mengingatkan pengembara tentang cara mengenal pasti dan melindungi diri mereka daripada penipuan dalam talian.

trivago ialah platform carian penginapan dalam talian. Tanpa mengira situasi atau keadaan, kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran dan tidak akan sekali-kali meminta wang, bayaran pendahuluan sama ada dalam bentuk “bayaran tradisional” mahupun dalam mata wang kripto daripada anda.

Lihat di bawah untuk mengenali tuntutan yang mungkin dibuat oleh penipu. Sila ambil perhatian, ini bukan senarai yang lengkap:

  • Anda mungkin diminta untuk menerima kunci pangsapuri dan/atau kontrak sewa pangsapuri daripada trivago sebagai pertukaran untuk bayaran pendahuluan, atau deposit
  • Anda mungkin diberikan tawaran kerja, atau tugas untuk diusahakan bagi memperoleh komisen/bonus sebagai pertukaran untuk bayaran pendahuluan atau pelaburan

Lazimnya, tawaran dan tuntutan penipuan seperti itu akan diterima melalui perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) seperti WhatsApp dan Telegram, pemesejan teks, e-mel, internet, telefon, dll. Dalam apa-apa jua keadaan, abaikan semua permintaan bertulis atau secara lisan yang anda percaya merupakan penipuan, atau mencurigakan.

Lihat di bawah untuk membaca nasihat yang boleh kami berikan:

  • Sentiasa berwaspada. Jangan terpedaya dengan logo, domain, alamat e-mel, imejan atau teks yang mirip dengan trivago
  • Jangan buat bayaran kepada sesiapa yang mendakwa dirinya mewakili trivago sama ada dalam bentuk bayaran tradisional (pindahan wang melalui bank) mahupun mata wang kripto
  • Jangan hubungi nombor telefon yang tidak diminta: trivago ialah enjin carian meta penginapan dalam talian, jadi kami tidak menerima tempahan melalui telefon atau meminta bayaran daripada anda secara langsung
  • Hubungi bank/penyedia pembayaran anda untuk mengetahui sama ada mereka boleh membantu dalam hal berkenaan dengan caj balik atau membatalkan pindahan wang dengan secepat mungkin. Maklumkan kepada mereka bahawa penipuan telah berlaku dan butiran akaun yang telah menerima pindahan wang itu
  • Hubungi polis/pihak berkuasa tempatan anda, maklumkan kepada mereka bahawa anda merupakan mangsa penipuan dan berikan semua dokumen yang berkaitan dengan penipuan (seperti mesej, tangkapan skrin) kepada mereka
  • Hubungi bank yang menerima wang yang telah dipindahkan. Hal ini boleh ditentukan melalui butiran akaun bank yang disediakan oleh penipu
  • Jangan sekali-kali mendedahkan kata laluan, maklumat peribadi atau butiran bank melalui e-mel, telefon, platform pemesejan pada telefon anda seperti Whatsapp, Telegram atau mesej segera. Pada masa yang sama, berwaspada ketika mengklik pautan dan jika anda mengesyaki sesuatu sebagai e-mel penipuan, jangan buka apa-apa lampiran
  • Secara umumnya, ketika membuat pembayaran dalam talian, di banyak negara, menggunakan kad kredit biasanya akan memberikan perlindungan yang lebih besar kepada pengguna sekiranya masalah berlaku

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara trivago berfungsi, semak cara trivago berfungsi.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jawatan kosong kami, sila layari Halaman Kerjaya kami.

Kami telah mengambil banyak tindakan untuk menghentikan penipu, seperti langkah berasaskan hak IP kami serta menghubungi pihak polis dengan sebaik mungkin.

Hubungi pasukan Sokongan Pengguna kami jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan lanjut.

Adakah artikel ini membantu?